Khamis, 21 Jun 2012


Seringkali kata-kata indah berupa ayat jiwang sering diucapkan oleh pasangan kekasih ketika bertemu dan berada di hadapan mata.Perasaan gembira adalah tidak mudah diungkapkan dengan kata-kata.Pelbagai lafaz dan kata cinta demi membuktikan betapa sayangnya dia kepada kekasihnya.Biarlah seribu halangan yang dapat menanti,namun untuk mengalah adalah bukan terselit dalam kamus kehidupannya.Cinta itu pasti akan dipertahankan biarpun menuntut pengorbanan yang amat besar.Seperti mana agungnya cinta antara Romeo dan Juliet,Uda dan Dara dan begitu juga dengan pasangan kekasih yang mengimpikan detik bahagia bersama pujaan hati mereka.ayat jiwang
Di kala malam sebelum pertemuan itu,jam yang berada di dinding berasa begitu lama sekali berputar dan seringkali melihat jam itu.Andai ada pintu cahaya masa,sudah pasti gerakan jam akan dicepatkan dan menanti berkumandangannya azan subuh.Mendoakan agar pertemuan yang bakal diatur nanti membangkitkan suasana ceria dan gembira.

Contoh ayat jiwang dan Madah Cinta

1.walaupun kau adalah diciptakan untukku dan aku adalah nyawamu,namun aku pasrah sekiranya ajal memisahkan diri kita.
2. Tiada ubat yang mujarab di dunia ini untuk mengubati cinta melainkan mencintai mu sepenuh jiwa ragaku.
3. Kita dilahrikan untuk saling cinta mencintai dan itu adalah teras dalam kehidupan yang abadi antara kau dan aku.
4. Usahlah bersedih apabila hilangnya sinar mentari tika hujan membasahi bumi,kerana pasti timbul sinar pelangi yang menggamit kembali keindahan alam ini.
5. Hadiah yang terbaik yang pernah aku milikimu adalah tika kamu sudi berjabat tanganku dan mengungkapkan ayat I Love U.
6. Aku tidak mengimpikan seorang bidadari sebagai suri hidupku yang punyai kecantikan dan kemewahan,tetapilah cukuplah seorang insan yang pasti menemaniku dikala aku dihimpit sebarang masalah.
7. Andai kau mendengat ayat jiwang yang sering ku lafazkan,ketahuilah bahawa ia terbit dari hati nuraniku sendiri.
8. Jatuh itu memang amat memeritkan tetapi jatuh cinta padamu ingin ku ulang berkali-kali.

Contoh Ayat Jiwang Sekarang

1. Cinta kita umpama papan kekunci komputer,jika kau lihat huruf I dan U yang terletak bersebelahan ,itulah juga cintaku padamu.
2. Jika kau malu untuk ungkapkan madah cinta padaku,SMS sahajalah kepadaku.
Oleh itu,baik lelaki ataupun perempuan,ucapkanlah ayat jiwang kepada pasangan anda.di kala dia kesedihan,itulah semangat kehidupan yang dicarinya.bukan  semua benda boleh dinilai dengan wang ringgit kerana ayat jiwang yang keluar dari lubuk hati adalah amat tidak ternilai harganya.

1 ulasan: